Wednesday, January 20, 2016

Jom Los Angeles!


Houston, United States of America
(30/4/2011 - 6/5/2011)

Ejen Pelancongan:SMAS Travel
Penerbangan:MAS
Bertolak:Kuala Lumpur International Airport - KLIA (4.00pm)
Tiba:Houston George Bush Intercontinental Airport - IAH (5.00am)
Jumlah Pakej:Tidak Diketahui
Hotel:The Westin Galleria Houston
Kadar Matawang:USD1 = RM3.22
Perbezaan Waktu:-5:00GMT (-10 jam dari Kuala Lumpur)



Tak banyak yang boleh saya ceritakan ketika di Houston memandangkan tujuan utama ke sana adalah untuk bekerja, bersempena Offshore Technology Conference 2011 (OTC2011). Hanya sedikit gambar untuk tatapan anda semua. 


Westin Galleria Houston

Breakfast Networking di OTC Houston 2011
Breakfast Networking bersama Raja Nazrin sebagai pembuka majlis
Meramaikan umat di booth Wasco Engineering, syarikat dari Malaysia



Los Angeles, United States of America
(6/5/2011 - 10/5/2011)

Destinasi Utama:Los Angeles
Bertolak:IAH (2.50pm)
Tiba:Los Angeles International Airport - LAX (5.00pm)
Suhu Persekitaran:19oC
Perbelanjaan:Pengangkutan (USD1 seorang setiap perjalanan)
Tiket penerbangan suami (RM2600 KLIA-LAX-KLIA)

Senarai restoran halal di Los Angeles

Setibanya kami di Los Angeles dari Houston, kami check-in di Wilshire Grand Hotel, di Wilshire Boulevard. Setelah menghadapi hari yang meletihkan selama di Houston, tibalah masa untuk berehat di LA.

Kami tiba di LA pada hari Jumaat, 6/5/2011. Tetapi, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur hanya terdapat pada hari Ahad, 7/5/2011 dan seterusnya Rabu, 10/5/011 . Untuk rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan untuk mengambil cuti tambahan, mereka pulang terus ke Kuala Lumpur pada hari Ahad tersebut. Untuk saya, sekurang-kurangnya ini adalah peluang untuk menjelajah LA sehingga Rabu, 10/5/2011.

Bagi duit poket di sini, banyak dihabiskan untuk membeli belah, terutamanya di Premium Outlet dan juga tiket ke Universal Studio. Kami agak beruntung kerana terdapat kawan sepejabat yang sudi menumpangkan rumah untuk kami sehingga hari kami pulang ke Kuala Lumpur.


Hollywood Boulevard [1]


Hari Pertama: 06/05/2011

Destinasi Utama:Check-in di Wilshire Grand Hotel
Suhu Persekitaran:16oC
Perbelanjaan:USD1 - Pengangkutan menggunakan bas

Suami saya tiba di LAX pada jam 10am waktu tempatan. Rasa sedikit cemburu apabila dia sempat ke Santa Monica untuk memulakan perjalanannya di LA tanpa saya. Sempat juga dia berangan melihat Britney Spears membuat shooting di pantai Santa Monica. Jom saya belanja sedikit gambar.


Persekitaran di Santa Monica

Kawasan bersebelahan pantai

Aktiviti di Santa Monica

Ramai pengunjung yang bermandi manda di sini

Jeti di mana Britney Spears melakukan shooting untuk lagu 'Sometimes'

Penghujung pantai Santa Monica
   
Bas yang sentiasa tiba tepat pada masa

Untuk saya pula, hanya tiba pada jam 7.00pm di Wilshire Grand Hotel, LA di Wilshire Boulevard. Hotel ini terletak di Downtown LA, berhadapan dengan pejabat Ernst & Young. Selepas check-in, tiada apa yang kami lakukan pada waktu malam. Sekadar berehat menghabiskan letih yang masih tebal sejak di Houston.


Wilshire Grand Hotel, LA [2]

Pemandangan dari Wilshire Grand Hotel


 Hari Kedua: 07/05/2011

Destinasi Utama:Camarillo Premium Outlet
Suhu Persekitaran:21oC
Perbelanjaan:USD4 - Makan tengahari untuk seorang

Pada hari ini, selepas check-out dari hotel, rakan pejabat telah membawa kami ke Camarillo Premium Outlet (CPO). Dikatakan bahawa Premium Outlet di sini adalah yang terbesar di Los Angeles. Seperti JPO, CPO agak jauh daripada Downtown LA. Lebih kurang satu jam untuk kami tiba di sana. 


Sebahagian kawasan di CPO
Setelah tiba di sini, kami sememangnya bershopping sakan. Banyak jenama utama yang terdapat di sini dapat dibeli dengan harga yang sangat murah. Antara yang dapat saya tangkap adalah 30pcs Corelle berharga USD88, Coach Wristlet berharga USD49, jam Fossil berharga USD30 dan seluar jeans Levi's 501 berharga USD20. Memang agak gila. Jika anda bernasib baik dan kedai tersebut memberikan tambahan diskaun, memang bertambah gila. Haha..

Berdasarkan perbandingan perbelanjaan, didapati setiap negeri di US mempunyai nilai cukai yang berbeza. Di LA, California nilai cukai adalah sebanyak 9% berbanding di Houston, Texas yang hanya 8%. Walaupun dengan cukai, harganya tetap tidak membebankan. Betul kata orang, USA dikatakan Shopping Heaven!



Menikmati Pretzel
Bercakap soal makan di sini, kami hanya mendapatkan roti sebagai santapan. Roti Pretzel yang biasa kita lihat di Auntie Anne's, terdapat juga di sini dengan pelbagai lagi perasa tambahan. Seperti di dalam gambar di atas, harga pretzel ini hanyalah USD2. Sangat sedap.

Jadi, hanya ini aktiviti utama kami pada hari ini. Untuk ke sini dari tengah bandar LA, anda boleh rujuk Website CPO untuk maklumat lanjut. Pada hari ini, saya dan suami mula bermalam di rumah rakan sekerja di LA selama 2 malam lagi untuk meneruskan penerokaan kecil di LA.



Hari Ketiga: 08/05/2011

Destinasi Utama:Downtown LA
Suhu Persekitaran:21oC
Perbelanjaan:USD1 - Bas bagi setiap perjalanan
USD4 - Makan tengahari untuk seorang

Alhamdulillah, rezeki kami dimudahkan. Banyak penjimatan dapat dibuat terutamanya dari segi penginapan. Rumah rakan kami sangat menyenangkan. Terdapat rumah tetamu (bukan bilik ye, rumah..) di belakang rumah utama. Terdapat juga pintu khas untuk rumah ini yang memudahkan kami untuk keluar dan masuk pada bila-bila masa. Waktu pagi kami pula sentiasa dihidangkan dengan sarapan yang sangat enak oleh tuan rumah, walaupun kami cuba untuk keluar seawal mungkin tanpa memaklumkan mereka. Semoga dimurahkan rezeki mereka dan semoga mereka sentiasa diberkati. Aminn..

Jadi untuk hari ini, kami ke banda Los Angeles, melihat suasana bandar ketiga terulung di USA selepas New York dan Chicago. Di sini merupakan tempat yang biasa di lihat di drama Hollywood. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar Downtown LA ini, banyak tempat utama yang kami lawati. Anataranya adalah Bethoven Memorial, Pershing Square, Walt Disney Concert Hall, Staples Centre, Nokia Centre, bangunan AT&T, .... Banyak lagi sebenarnya. 

Okay, sedikit nasihat. Sekiranya anda ingin membeli cenderahati, saya nasihatkan anda ke Santee Alley yang terletak di Selatan LA. Kawasan ini merupakan kawasan warga mexico dan mempunyai banyak kedai-kedai cenderahati untuk dibeli. Walau ke mana saya melangkah di US, Santee Alley tetap memberikan harga paling menjimatkan. Biasanya, key-chain didapati dengan harga USD5 satu. Tetapi di sini boleh diperolehi hanya dengan USD2.8 satu. Banyak perbezaannya tu.



Bethoven Memorial

Festival di Mapple Avenue

Walt Disney Concert Hall

Kawasan apartment di sekitarnya

Bangunan AT&T

Direktori yang terdapat di sana

Suasana di Santee Alley

Cukup perjalanan hari ini. Kami menghabiskan selama 8 jam perjalanan di sini, termasuk membeli belah, refreshment dan sebagainya. Lihat anda pula bagaimana.



Hari Keempat: 09/05/2011

Destinasi Utama:Universal Studio 
Suhu Persekitaran:19oC
Perbelanjaan:USD75 seorang - Tiket ke Universal Studio
USD1 seorang - Tiket bas untuk setiap perjalanan
USD9 - Makan tengahari untuk berdua
USD10 - Makan malam untuk berdua
USD1.50 seorang - Tiket LA Metro untuk sehala

Hari ini kami ke Universal Studio (US). US pertama di dunia. Tidak seperti US yang lain, US di sini masih terdapat studio dan lokasi pengambaran sebenar yang ditinggalkan yang masih digunakan oleh Hollywood studio atau yang telahpun selesai penggambarannya. Antara yang masih lagi digunakan adalah seperti untuk drama CSI, Desperate Housewives dan untuk filem Back To The Future, Jaws dan Psycho.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga permainan lain seperti Transformers, The Simpsons 4D, Shrek dan pelbagai lagi. Bezanya, anda mungkin tidak dapat menaiki rides yang lebih mencabar seperti di Universal Studio Florida.

Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, pastikan anda tiba seawal 9.00 pagi supaya anda dapat menaiki kesemua rides dan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam US ini. Mahal tu, USD75 sehari. Pada pendapat saya, mungkin tidak perlu mengambil pas 3 hari kerana anda boleh menghabiskan kesemuanya dalam sehari. Jadi, gunakan sebaik mungkin ya!


Back To The Future. Tak sempat untuk mengambil gambar di bangunan jam utama.

Back To The Future



Jaws

Desperate Housewives





Demonstrasi filem Psycho

Pelakon Psycho









Lassie



Krustyland The Simpsons 4D Ride

Setelah selesai kami berhabisan di Universal Studio, kami terus pulang ke rumah. Letih bermain seharian. Makan malam kami, adalah di IHops. Memang sedap. Tetapi, pilihlah yang anda boleh makan. Di sini kami memilih Talapia Steak yang berharga USD5 seorang sahaja.



Hari Keempat: 10/05/2011

Destinasi Utama:Hollywood Boulevard
Suhu Persekitaran:20oC
Perbelanjaan:USD1 seorang - Tiket bas untuk setiap perjalanan
USD11 - Makan tengahari untuk berdua
USD1.50 seorang - Tiket LA Metro untuk sehala

Kami memulakan perjalanan menaiki bas sehingga ke Hollywood/Highland. Anda juga boleh menaiki Metro Red Line untuk ke Hollywood Boulevard. Anda boleh merujuk web ini untuk maklumat terkini berkenaan Metro Line ini. 

Bermula dari sini, kami berjalan menyusuri Hollywood Boulevard untuk menikmati persekitaran di sini. Kami mulakan dengan Hollywood Walk of Fame, The Dolby Theatre, Ripley's Believe It Or Not dan seterusnya berjalan ke North Beachwood Drive untuk mengambil gambar pemandangan berlatarbelakangkan Hollywood. Letih, tapi menarik.


Hollywood Sign[1]

Persekitaran di Hollywood

Suasana di Hollywood

Bas yang melalui kawasan ini
  
Lou Rawls di Walk of Fame

Walt Disney di Walk of Fame
Gambar-gambar yang terdapat pada kamera saya agak terhad. Banyak lagi gambar lain, tetapi kebanyakannya terdapat kami di dalam gambar itu. Jadi, tak perlu la ye.

Selesai di Hollywood, kami terus pulang ke rumah untuk berehat dan bersedia dengan aktiviti packing. Esok adalah hari terakhir kami di LA. Jadi, kami bercadang untuk melebihkan masa bersama tuan rumah pada hari ini. 



Hari Kelima: 11/05/2011

Destinasi Utama:Pulang ke Malaysia
Bertolak:Los Angeles International Airport, LAX (11.30pm)
Tiba:Kuala Lumpur International Airport, LAX (1.45pm +1 hari perjalanan)
Perbelanjaan:
Tiada

Kedatangan kami di sini sangat dipermudahkan. Urusan pergi ke lapangan terbang LAX juga dibantu sepenuhnya oleh rakan sepejabat kami. Jadi, tidak banyak yang dapat saya ceritakan pada hari ini. Makan dan minum juga ditanggung sepenuhnya. Saya mendoakan agar tuan rumah akan sentiasa diberi keberkatan di atas setiap yang mereka lakukan.

:)


No comments:

Post a Comment