Doha, Qatar
(28/5/2009 - 1/6/2009)
Ejen Pelancongan | : | Persendirian |
Penerbangan | : | Etihad Airways |
Jumlah Pakej | : | RM3,380 seorang (Penerbangan sahaja) |
Hotel | : | Rumah sewa suami |
Kadar Matawang | : | RM1 = QAR1.0353 (Rial) |
Perbezaan Waktu | : | UTC+3:00 (-5 jam dari Kuala Lumpur) |
|
Qatar Islamic Cultural Centre |
Pengalaman ke Doha, Qatar adalah kerana keinginan untuk berjumpa suami yang terpaksa bertugas selama 6 bulan di sana. Jadi, perbelanjaan utama pada kali ini hanyalah tiket penerbangan sebanyak RM3,380 menggunakan Etihad Airways. Saya suka menaiki airline ini. Makanan yang diberikan sangat mewah berbanding MAS. Perjalanan dari Abu Dhabi ke Doha yang mengambil masa sejam pun menerima sandwich yang sedap. Tetapi, saya perhatikan tempat duduknya agak kecil berbanding Singapore Airline, mungkin sama besar dengan MAS.
Di Doha, tidak banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Hanya beberapa tempat penting sahaja yang saya lawati seperti Islamic Museum, Islamic Cultural Centre dan Aspire Park. Mungkin juga masa yang ada di sana tidak lama. Jadi, tidak ada peluang untuk mencari tempat-tempat menarik lain yang boleh dilawati.
Hari Pertama : 28/5/2009 - 29/5/2009
Destinasi Utama | : | Doha, Qatar |
Bertolak | : | Lapangan Terbang LCC, Kuala Lumpur - 9.20pm |
Tiba | : | Doha International Airport – 3.00am |
Suhu Persekitaran | : | 37oC |
Saya tiba di Abu Dhabi International Airport pada jam 12.10 pagi waktu di United Arab Emirates. Penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam ini sungguh meletihkan. Mujur transit yang mengambil masa hanya 2 jam ini tidak lama. Sempat juga untuk menyinggah di kedai-kedai yang terdapat di airport ini.
|
Abu Dhabi International Airport |
Tepat jam 3.00pagi, saya meneruskan perjalanan ke Doha selama sejam. Walaupun hanya mengambil masa sejam untuk tiba, pihak Etihad Airways tetap menyajikan 'chicken sandwich' yang sedap. Memandangkan perut telah kenyang, saya sekadar simpan untuk dimakan pada waktu lain.
Hari Kedua: 29/5/2009
Destinasi Utama | : | Islamic Museum, Doha |
Suhu Persekitaran | : | 45oC |
Jumlah Perbelanjaan | : | Percuma |
Di sini, saya menginap di rumah sewa suami bersama rakan sekerjanya yang berasal dari negara-negara lain. Memandangkan saya seorang sahaja yang perempuan, saya telah menghidangkan nasi lemak pada waktu tengahari. Yang penting, nasi yang dimasak habis.
Pada jam 1.30pm, kami meneruskan lawatan ke Islamic Museum, Doha. Seperti di Muzium Islam di Malaysia, di Doha juga mempamerkan pelbagai jenis peninggalan dan sejarah Islam yang terdapat di Tanah Arab sejak di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuk juga teknologi-teknologi astronomi, agro dan pelbagai lagi. Muzium ini adalah lebih besar jika dibandingkan dengan di Malaysia dan saya rasakan ia adalah tempat yang wajib dikunjungi.
|
Islamic Museum, Doha |
Selesai di muzium, kami sekadar menikmati pemandangan di sekitar tepi laut Doha yang dipanggil Corniche. Cuaca yang sangat panas menyebabkan kami tidak lama untuk bersiar-siar. Jadi, kami terus pulang ke rumah dan bercadang untuk bersiar-siar pada waktu malam sahaja.
|
Pemandangan tepi laut |
Pada waktu malam, kami ke
Islamic Cultural Centre. Di sini terdapatnya binaan kedai dan restoran bercirikan Timur Tengah. Terdapat juga nyanyian dan permainan alat muzik budaya yang dijalankan sewaktu kami tiba di sini.
|
Berlatarbelakangkan Islamic Cultural Centre |
Keadaan di kawasan ini sangat menarik. Walaupun tempat ini baru sahaja dibuka, pelbagai jenis kedai terdapat di sini. Ia juga menjadi kawasan untuk beristirehat bersama ahli keluarga.
Hari Ketiga: 30/5/2009
Destinasi Utama | : | Villaggio Mall and Aspire Park |
Suhu Persekitaran | : | 47oC |
Jumlah Perbelanjaan | : | Percuma |
Hari ni, saya cuma berjalan-jalan di mall terbesar di Doha iaitu Villaggio Mall yang terletak bersebelahan dengan Aspire Park. Di sini saya nasihatkan, jika anda ingin ke mall ini, pastikan anda pergi pada hari Jumaat sahaja. Pada wanita pula, anda mesti bertemankan lelaki. Kawalan di sini adalah berbeza.
|
Perjalanan menunuju ke Villaggio Mall |
Seingat saya, hanya hari Jumaat hingga Ahad sahaja mall ini dibuka untuk warganegara luar. Tetapi mat salleh tetap dibenarkan masuk pada bila-bila masa sahaja. Racist kan? Suami saya dan rakan sekerjanya yang berasal dari Indonesia juga pernah dihalau keluar ketika datang pada hari Rabu. Tapi mungkin itu dulu. Sekarang saya tak pasti. Jangan lupa update saya kalau itu masih terjadi ye.
|
Keadaan di luar mall |
Berbalik kepada cerita di Villaggio Mall, ia mempunyai pelbagai jenis kedai yang branded. LV, Prada dan pelbagai lagi jenama yang saya tak pernah jumpa. Seperti yang disangkakan, harga barang-barangnya memang mahal. Tetapi, rasanya mahal lagi di Malaysia. Anda ukurlah sendiri.
|
Suasana di dalam Villaggio Mall [1] |
Di tengah-tengahnya pula sangat cantik. Dihiasi dengan suasana ala-ala Venice, ia juga menyediakan gondola bagi sesiapa yang berminat menaikinya. Sekali pandang, konsepnya agak sama dengan mall di The Venetian, Macau. Kemudian, kami makan tengahari di food court. Banyak juga makanan yang sedap di situ. Tidak ketinggalan, saya memesan Zaatar with meat! Memang sedap!
|
Zaatar with Meat! |
Kemudian kami ke Aspire Park seketika untuk bergambar. Ia merupakan sebuah stadium yang terbesar di Doha. Tapi pada saya, tidak cukup besar. Tetapi cukup cantik.
|
Aspire Park |
Selesai di dua tempat ini, kami terus pulang ke rumah. Cuaca yang begitu panas sangat melembabkan pergerakan kami. Malamnya, kami sekadar masak dan makan di rumah sahaja.
Hari Keempat: 31/5/2009
Destinasi Utama | : | Berjalan di sekitar Doha dan pulang ke Kuala Lumpur |
Suhu Persekitaran | : | 45oC |
Jumlah Perbelanjaan | : | Percuma |
|
Pemandangan dari atap rumah |
Ini merupakan hari terakhir saya di sini. Rasa berat hendak ke mana-mana, kerana memikirkan untuk meninggalkan suami di Doha. Jadi, tidak banyak tempat yang kami lawati. Sekadar melihat-lihat kawasan rumah di sana sambil berjalan-jalan di mall-mall kecil di situ. Tepat jam 10.45 malam, saya terus pulang ke Kuala Lumpur dan tiba di Kuala Lumpur 10 jam kemudian iaitu pukul 2.00 petang waktu Malaysia.
Rujukan:
[1] http://www.layoverguide.com/2012/04/layover-in-doha-qatar.html
No comments:
Post a Comment