Tuesday, March 12, 2013

Jom Medan - Danau Toba!

Medan
(16/1/2013 - 19/1/2013)

Penerbangan:Air Asia (RM134 seorang - pergi dan balik)
Ejen Pelancongan:Happy Holidays Tour & Travel (Ground Arrangment)
Jumlah Bayaran:Rp 1,300,000 (seorang dewasa), Rp 550,000 (seorang kanak-kanak)
- Tidak termasuk makan tengahari dan makan malam
- Tidak termasuk upah supir
Hotel:Danau Toba (Toledo Inn-2*), Brastagi (Mikey Hotel-4*),
Medan (Hotel Garuda Plaza -3*)
Kadar Matawang:RM 1 = Rp 3,118 (Rupee)
Perbezaan Waktu:-1 jam dari Kuala Lumpur (+7:00GMT)


Pemandangan di Danau Toba

Setelah lama meninggalkan blog ini, saya terpanggil semula untuk menulis tentang lawatan ke Medan - Parapat - Brastagi yang dilakukan pada Januari yang lalu. Banyak perjalanan lain yang tidak sempat saya logkan di dalam ini. Untuk kali ini, mari lihat aktiviti saya dan keluarga ke Danau Toba, iaitu bekas kawah gunung berapi aktif yang subur dan indah. Untuk makluman, rombongan kami ini disertai 5 dewasa dan 2 kanak-kanak.



Hari Pertama : 16/1/2013

Destinasi Utama:Pulau Samosir, Danau Toba
Jumlah Bayaran:Harga feri ke Pulau Samosir telah termasuk di dalam harga ejen.
Tiba:Toledo Inn, Pulau Samosir - 4.30pm
Suhu Persekitaran:28oC
Jumlah Perbelanjaan :Makan tengahari dan makan malam - Rp61,000 seorang


Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan, Indonesia tepat pada jam 7.35 pagi. Seperti yang dijangkakan, ramai supir yang telah menunggu untuk memberikan perkhidmatan teksi di sana. Tidak kurang juga yang ingin membantu untuk mengangkat beg dan barangan yang anda bawa. Jadi beringat, sekiranya anda tidak bersedia untuk memberikan upah kepada mereka, usahalah untuk menolak pelawaan mereka. 

Keluar sahaja dari lapangan terbang tersebut pada jam 8.15 pagi, saya melihat supir kami, yang dikenali sebagai Pak Rijal telah memegang tanda nama dari jauh. Setelah berjumpa, kami terus dibawa ke van 12 orang yang besar dan cukup luas untuk kami yang bertujuh. Van yang digunakan juga sangat bersih dan sangat kemas. 
 
Supir kami, Pak Rijal
Seterusnya, kami memulakan perjalanan menuju Parapat yang terletak di hujung lengkungan Danau Toba. Perjalanan menuju ke Parapat mengambil masa selama 4 jam. Di pertengahan jalan, kami singgah di kedai yang terkenal dengan menjual kudapan atau jajan berasaskan kekacang dan kelapa seperti Teng Teng, Peng Peng, Ting Ting dan pelbagai lagi nama-nama yang comel. Kedai ini terletak di Permatang Siantar dan bernama Paten. Anda boleh merasa sebelum membeli makanan-makanan ini. Nasihat saya, belilah sebanyak mungkin yang mana anda gemari kerana anda pasti tidak akan melewati kedai ini lagi apabila pulang dari Parapat nanti.

Suasana di dalam kedai Paten
Kemudian, kami teruskan perjalanan sehingga ke Parapat dan berhenti makan tengahari di kedai Masakan Minangkabau yang dicadangkan oleh Pak Rijal. Bagi Muslim, pastikan anda makan tengahari sebelum menyeberang Danau Toba nanti kerana di Pulau Samosir agak sukar untuk mencari makanan halal di sana. Ini kerana 95% penduduk pulau tersebut didiami oleh kaum Batak Toba yang majoritinya adalah beragama Kristian. Hanya 2 restoran halal sahaja yang kami temui di sana.


Kedai masakan Minangkabau
Seterusnya kami menaiki feri yang sedang menunggu di tebing tasik tersebut. Feri tersebut memulakan perjalan pada jam 2.30 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk tiba di Pulau Samosir. Pada pendapat saya, tidak perlu untuk naik ke tingkat atas feri tersebut kerana keadannya yang kurang bersih. Jadi, lihat-lihatlah di sekitar kenderaan anda sahaja. Kepada yang pernah menaiki Feri Pulau Pinang, saiznya mungkin 2 kali lebih kecil.


Pemandangan di jeti feri 
Tiba sahaja di Pulau Samosir, kami terus menuju ke hotel kami iaitu Toledo Inn. Hotel ini merupakan hotel 2 bintang di Pulau Samosir. Namun, pemandangan dan landskap yang terdapat di sini begitu menarik dan sangat menenagkan. 



Toledo Inn
Pemandangan di hadapan bilik
Jangan lupa untuk membawa baju mandi anda kerana seperti di dalam gambar di bawah, anda juga dibenarkan untuk bermandi manda. Walau bagaimanapun, kami tidak meneruskan niat untuk bermandi di sini kerana angin yang kuat menyebabkan ombak yang terhasil begitu deras dan mungkin agak berbahaya. Yang penting, berhati-hati.

Pemandangan di hotel

Pada waktu petang, kami hanya menjalankan aktiviti secara sendiri. Pak Rijal hanya menemui kami semula pada jam 8.00 malam untuk mencari kedai makan malam di kawasan ini. Hanya terdapat sebuah restoran halal di sini. Jadi anda mungkin tidak mempunyai banyak pilihan menu yang lebih menyelerakan. Makanlah apa yang ada, yang penting perut kenyang. 



Hari Kedua: 17/1/2013

Destinasi Utama:Brastagi
Jumlah Bayaran:Harga feri ke Parapat telah termasuk di dalam harga ejen.
Bertolak:Toledo Inn, Pulau Samosir - 8.00am
Tiba:Mikey Hotel, Brastagi - 5.00pm
Suhu Persekitaran:17oC
Jumlah Perbelanjaan :Makan tengahari dan makan malam - Rp65,000 seorang

Selepas bersarapan di hotel, kami mulakan perjalanan kami pada hari kedua tepat jam 8.00 pagi. Seperti yang dijadualkan, kami perlu mengangkat semula kesemua beg untuk dibawa terus ke Brastagi. Jadi, jangan lupa untuk membawa beg yang mudah dikendalikan untuk kemudahan anda. 

Di Danau Toba dan Brastagi, kaum Batak merupakan kaum majoriti di sini. Terdapat pelbagai jenis kaum Batak yang kami diperkenalkan seperti Batak Toba, Batak Purba dan Batak Karo. Batak Toba terletak di Pulau Samosir dan terkenal dengan ucapan Horas!. Batak Purba pula terletak di Permatang Purba dan Batak Karo mendiami kawasan di Brastagi dan terkenal dengan ucapan Menjuah-juah!

Pertama sekali, Pak Rijal membawa kami ke Desa Ambarita. Desa Ambarita dahulunya diperintah oleh Raja Sialagan, merupakan daerah (kecamatan) di bawah jajahan Simanindo, kota (kabupaten) Samosir, wilayah (provinsi) Sumatera Utara. Di sini terletaknya 8 buah rumah kaum Batak yang diduduki oleh keturunan Raja Sialagan di mana rumah-rumah tersebut membezakan samada ia dimiliki oleh kaum wanita atau lelaki di mana rumah yang mempunyai tangga di luar adalah milik kaum lelaki dan rumah yang tangganya di dalam adalah milik kaum wanita.


Desa Ambarita

Desa Ambarita terkenal dengan proses kehakimannya yang zalim di mana terdapat sebuah kawasan yang digunakan untuk melakukan proses perbincangan dan keputusan penjatuhan hukuman. Kesilapan yang sedikit dilakukan akan mengakibatkan pesalah dipenggal dan mayat pesalah ini pula akan dikeluarkan jantung dan hatinya untuk dikongsi oleh mereka yang membuat keputusan. Apabila mendengarkan penerangan yang diberikan oleh Pak Rijal, kami agak terdiam kerana takut melihatkan kawasan yang ditunjukkan. 


Kawasan perbincangan dan kehakiman

Walau bagaimanapun, perkara ini berlaku ketika kaum Batak Toba ini menganut kepercayaan Parmalim. Kebanyakan di antara mereka telahpun menganut agama Kristian sejak kedatangan Belanda ke Indonesia.

Seterusnya kami ke Desa Tomok untuk melihat perkuburan Raja Sidabutar. Dikatakan bahawa jajahan di bawah Raja Sidabutar adalah lebih menenagkan berikutan proses kehakiman yang dijalankan tidak seperti di Desa Ambarita. Di sini kami hanya melawat kawasan perkuburan Raja Sidabutar dan juga ahli keluarganya. 


Selendang bagi menghormati ahli kuburan


Perkuburan Raja Sidabutar

Ingin diingatkan, di kedua-dua kawasan ini terdapat kedai jualan kraf dan juga cenderahati. Pesanan saya, berbelanjalah di kawasan Desa Tomok kerana harga yang ditawarkan adalah 20% lebih murah daripada di Desa Ambarita. Pilihan di Desa Tomok juga adalah lebih banyak berbanding di Desa Ambarita. Yang penting, untuk mendapatkan cenderahati khas Danau Toba, anda perlu membelinya di sini kerana anda mungkin tidak menemuinya lagi di Medan atau Brastagi nanti.

Kedai cenderahati di Desa Tomok

Selesai di Desa Tomok, kami menaiki feri yang hanya bersebelahan dengan kawasan ini. Seperti dari hari pertama, feri ini mengambil masa di antara 45 minit untuk tiba di Parapat. Jadi, anda mintalah supir anda untuk meletakkan kenderaan di sebelah tepi feri supaya anda boleh mnikmati pemandangan dari dalam kenderaan sahaja. 

Turun sahaja di Parapat, kami meneruskan perjalanan ke Brastagi. Di pertengahan jalan, kami singgah di Istana Batak Purba di Permatang Purba. Di sini terdapatnya sebuah Istana panjang bagi raja-raja Batak Purba yang meletakkan 12 isteri-isterinya di dalam satu ruang sahaja.
Istana Batak Purba
Senarai Raja Batak Purba
Seterusnya kami singgah ke air terjun yang terkenal di Danau Toba iaitu Sipiso-piso. Nama ini adalah berikutan airnya yang tajam seperti pisau sekiranya terkena di badan. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak mampu untuk turun sehingga ke airnya kerana parasnya yang tinggi. Kepada yang sanggup, terdapat anak tangga untuk menuruni bukit ini dan tiba di air terjun tersebut.

Air terjun Sipiso-piso
Sedikit maklumat untuk dikongsi, air terjun ini merupakan mata air bagi Danau Toba. Ia dikatakan sebagai punca kewujudan tasik di danau ini. Mata air ini tidak berhenti mengalir dan kapasitinya dikatakan konsisten sepanjang tahun. 


Pemandangan di Danau Toba

Di sini kami menikmati pemandangan yang cantik. Memandangkan kami telah berasa sangat lapar, kami hanya pergi ke kedai makan berdekatan. Makanan juga agak murah jika dibandingkan di bandar. Mungkin tidak ramai yang berada di sini. Cuma kepada anda yang sangat-sangat mementingkan kebersihan, mungkin anda perlu tunggu sehingga di Brastagi.

Tepat jam 5.00 petang, kami tiba di Brastagi. Hotel yang akan kami bermalam adalah Mikey Hotel iaitu hotel 4 bintang di Brastagi. Setibanya di hotel, kami merehatkan diri di kolam renang yang berada di hadapan bilik kami. Walau bagaimanapun, cuaca yang sangat sejuk (17oC) membuatkan kami tidak mampu bertahan lama. Jadi, minum kopi dan air teh tarik yang dibancuh sendiri adalah lebih nikmat.


Pemandangan dari bilik hotel
Tepat jam 8.00 malam, kami makan malam di restoran Minankabau iaitu Ummi. Kali ini, kami sangat berpuas hati dengan lauk pauk yang dihidangkan. Sangat menyelerakan. Di restoran ini juga terdapat murtabak yang sedap dan mesti dicuba.


Restoran Minang Ummi



Hari Ketiga: 18/1/2013


Destinasi Utama:Medan
Jumlah Bayaran:Perjalanan menaiki van ejen
Bertolak:Hotel Mikey, Brastagi - 8.00am
Tiba:Hotel Garuda Plaza, Medan - 3.00pm
Suhu Persekitaran:30oC
Jumlah Perbelanjaan :Makan tengahari dan makan malam - Rp60,000 seorang


Hari ketiga kami dimulakan dengan sarapan di Mikey Hotel. Jika dibandingkan dengan Toledo Inn, makanan di sini adalah lebih variasi. Jadi, makan lah sepuas-puasnya sebelum memulakan perjalanan yang panjang ke Medan nanti.

Perjalanan ke Medan hanya mengambil masa 2 jam. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa tempat penting yang perlu kami singgah di Brastagi ini. Di Brastagi, pemandangannya adalah mirip Cameron Highland di Malaysia. Tapi pada saya, cuaca di sini adalah lebih sejuk dan sememangnya anda perlu menyediakan baju sejuk ketika lawatan ke Brastagi dilakukan. 


Tugu di Kota Brastagi

Brastagi terletak di antara 2 gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Gunung Sibayak dikatakan telah meletus kali terakhir pada tahun 1881. Manakala Gunung Sinabung dikatakan pernah mengeluarkan letusan asap dan debu panas pada Ogos 2010. Jadi, kedatangan anda ke Brastagi sebenarnya adalah seperti mengejar kehadiran letusan gunung berapi ini. Yang penting, berdoalah semoga anda dan keluarga selamat semuanya.


Gunung Sinabung
Persinggahan pertama kami adalah di Pasar Buah. Di sini terdapat banyak cenderahati, t-shirt dan brangan kraf Brastagi yang boleh dibeli. Anda juga boleh menikmati pemandangan Brastagi dengan menaiki kuda ataupun kereta kuda yang disediakan di sini. Seperti namanya, di dalam pasar ini terdapat pelbagai jenis buah tempatan. Antara yang paling terkenal adalah pisang kaki, strawberry, salak madu, mangga, avocado dan terung belanda. Sekiranya berminat, anda bolehlah membeli buah-buahan ini untuk dibawa pulang ke rumah nanti.



Antara buah-buahan yang terdapat di Pasar Buah
Seterusnya kami ke ladang avocado, terung belanda dan strawberry yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil yang baru sahaja dibina. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar di kuil tersebut walaupun kuil ini lebih kecil berbanding yang terdapat di Kelantan. 


Kuil Brastagi
Ladang strawberry
Buah strawberry
Buah terung belanda
Selesai di ladang buah-buahan ini, kami terus menuju ke Medan yang mengambil masa selama 2 jam untuk tiba.

Setibanya di Medan pada jam 1.30 tengahari, kami terus ke Hotel Garuda Plaza untuk berehat seketika. Pada jam 2.00 petang kami terus ke Restoran Iga-iga Bakso yang terletak sejauh 20 minit dari hotel kami. Di restoran ini, anda akan sangat berpuas hati dengan bakso yang dihidangkan walaupun makanan yang dihidangkan dikategorikan sebagai 'fast food'. Walaupun murah, namun sangat berkualiti.

Sedap tak terhingga. Si kecil pun suka
Menu di Iga-iga Bakso
Seterusnya kami ke Istana Maimoon yang terletak di tengah-tengah kota Medan. Ia merupakan sebuah istana yang dibina oleh Kesultanan Deli pada tahun 1889 oleh Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Keturunan dan kaum kerabat bagi Kesultanan Deli ini masih lagi wujud sehingga sekarang. Sebarang majlis adat istiadat bagi ahli keluarga Kesultanan Deli biasanya akan menggunakan istana ini. Diketahui bahawa Sultan Deli terkini masih lagi berumur 17 tahun dan sedang menuntut di Universiti Islam Sumatera Utara, Medan.

Dari halaman istana
Pelamin istana
Hirarki kuasa Kesultanan Deli
Pada waktu malam, kami makan malam di gerai berhadapan hotel kami sahaja. Pada mulanya memang mengharapkan sate padang yang sedap dan lazat, namun apa yang kami perolehi adalah tidak sama dengan yang dirasai di Padang sendiri. Tetapi, rupanya tetap ada.

Sate Padang

Hari Keempat: 19/1/2013


Destinasi Utama:Medan dan pulang ke Kuala Lumpur
Jumlah Bayaran:Menaiki speda motor ke Pasar Sentral
(Rp50,000 pergi dan balik)
Suhu Persekitaran:34oC
Jumlah Perbelanjaan :Makan tengahari dan makan malam - Rp65,000 seorang

Pada hari ini, ejen Happy Holidays memberikan kami berjalan sendiri di Medan. Jadi kami bercadang untuk memilih samada ke Pasar Ikan ataupun Pasar Sentral. Walau bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada seorang supir speda yang kami kenali malam tadi, kami digalakkan untuk terus ke Pasar Sentral berbanding Pasar Ikan kerana harganya yang lebih berpatutan. Ini juga adalah kerana Pasar Ikan telah dijadikan destinasi pelancongan di Medan. Jadi, boleh dibayangkan bagaimana penjual-penjual ini akan meletakkan harganya.

Untuk ke Pasar Sentral, kami menaiki speda motor ataupun beca yang bermotor. Harga yang dikenakan adalah Rp20,000 untuk 1 beca. Nasihat saya, lebih baik menaiki speda motor berbanding teksi kerana jalan yang sesak di sini akan melambatkan perjalanan anda nanti. Dengan beca ini, masa yang diambil untuk sampai ke Pasar Sentral dari Hotel Garuda Plaza hanyalah 15 minit.

Kesesakan di Medan
Tiba sahaja di Pasar Sentral, kami telah terjebak dengan pelbagai jenis kain dan pakaian yang dijual. Harga yang diletakkan pada awalnya memang agak mahal. Tetapi anda perlu menawarnya supaya harga yang diberikan lebih berpatutan. Saya juga berjaya mendapatkan  satu suit yang cantik dan berkualiti dengan harga Rp300,000 sahaja. Berbanding di Malaysia, harga yang mungkin diperolehi adalah lebih mahal.

Kedai kain dan pakaian
Di Pasar Sentral juga anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bahan masakan yang tidak dijual di Pasar Ikan. Contohnya, kami ingin membeli tri (ikan bilis halus) yang sering digunakan untuk tumisan. Walaupun namanya hanyalah Pasar Ikan, tetapi hanya kain dan pakaian yang terdapat di situ. Tetapi di Pasar Sentral, anda boleh menemui pelbagai lagi seperti barang hantaran, buah-buahan, bahan kering dan pelbagai lagi. Selama 5 jam kami di sini, kami tetap tidak puas dan tidak cukup dengan belanja yang dilakukan.

Pasar barangan kering
Kami hanya makan tengahari di EsTeller 77. Ini sahaja yang kami temui untuk melegakan perut yang lapar. Tepat jam 3.00 petang, kami terus pulang ke hotel untuk berkemas dan bersiap-siap. Kali ini speda yang kami ambil berharga Rp30,000. Agak mahal tetapi jika dibandingkan dengan kepanasan pada waktu itu, masih berbaloi. Kami juga memohon pihak hotel untuk melewatkan 1 bilik, check-out pada jam 6.00 petang untuk kami bersiap-siap dan berehat sementara menunggu jam 7.00 petang untuk ke airport.

Jam 6.00 petang kami singgah pula kedai bolu yang berada di hadapan hotel kami iaitu Meranti. Bolu yang dijual adalah menarik dan anda pasti ingin mencubanya. Terdapat pelbagai jenis perasa seperti Coklat-Coklat, Keju-Keju, Coklat-Keju, Asli-Strawberry dan macam-macam lagi.
Bolu Meranti

Bolu Keju-Keju
Begitulah masa kami dihabiskan selama 4 hari di sini. Saya juga ingin menasihatkan supaya anda bersedia untuk makan dan minum sebelum tiba di lapangan terbang kerana tiada kedai makanan berat di situ. Hanya terdapat Dunkin Donut yang mungkin boleh mengalas perut yang kosong. Yang penting, bawa duit lebih sebab anda tidak tahu apa yang akan ditemui ketika berbelanja di pasar-pasar itu nanti. 

Selamat berjalan!



22 comments:

  1. Untuk makluman, upah supir Pak Rijal hadalah sebanyak Rp400,000 dan aktiviti memetik strawberry pula berharga Rp7,000 sekilo. Jadi, harga yang diberikan oleh Happy Holidays memang berpatutan. Recommended! :)

    ReplyDelete
  2. Yeayy! great review, Happy Holidays memang buat kami happy :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas maklumat yang diberikan. good knowledge before travelling to medan.saya nk tya bagaimana saya nk dapatkan no contact Happy Holiday atau Pak rijal sebagai supir di sana? tqvm...

    ReplyDelete
  4. Ini contact details yang saya ada. Tapi sepanjang conversation yang ada, kami hanya communicate through email.

    Happy Holidays Tour & Travel, Jl. Bandar Baru No. 12, Medan 20234, Indonesia.

    Tel (6261) 4566458, Fax (6261) 4553615
    website : http://www.medantour.com email : happyholidaysmes@yahoo.com

    Selamat melancong! :)

    ReplyDelete
  5. tq for the reply..lupa nak tya smlm..untuk penginapan dan makan minum supir di setiap kali kt bermalam di hotel adakah dibawah tanggungjawab kt atau travel agent? dan berapakah tip yang wajar diberikan bagi supir guide?

    tqvm

    ReplyDelete
  6. Sorry lambat reply. Penginapan supir termasuk di dalam jumlah yang kami bayar. Makan minum supir sepatutnya di bawah tanggungan kita. Tetapi kebanyakan restoran bagi makanan free untuk supir yang datang bersama pelanggan. :)

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya kalau saya p sendiri apa agaknya kesukaran yg dihadapi.

    ReplyDelete
  8. Untuk ke Medan sahaja tak ada masalah. Memang digalakkan untuk pergi sendiri sebab perjalanan di Medan senang. Tapi untuk ke Brastagi dan Danau Toba, mungkin susah untuk yang dah berkeluarga melainkan kalau ada kenalan kat sana. Kalau backpackers, mungkin susah di Danau Toba sahaja sebab untuk ke Brastagi ada teksi dari airport Medan.

    Kalau merancang untuk ke Toledo Inn di Danau Toba, boleh call hotel dan tanya transport direct dari airport. Biasanya hotel ada sediakan.

    ReplyDelete
  9. jika nak sewa kereta murah dan bagus. jom klik ke www.medanstarrentacar.com.
    or wa or call to +6285297000264

    drivernya bagoss.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas perkongsian. Lengkap. Mohon izin contact pak rijal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Holidays Tour & Travel, Jl. Bandar Baru No. 12, Medan 20234, Indonesia.

      Tel (6261) 4566458, Fax (6261) 4553615
      website : http://www.medantour.com email : happyholidaysmes@yahoo.com

      Delete
  11. Boleh email saya berkenaan kos supir medan & danau toba ? Email saya : amirulmhdkasim90@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sudah lama saya tak reply di dalam page ni.

      Untuk makluman, kos upah supir yang kami belanjakan adalah sebanyak Rp400,000.

      Delete
  12. salam..nak tanya kalo dr airport kuala namu ke Brastagi bape jam yer..'susah bg yg berkeluarga' tu maksudnya ape..anak saya sthn stgh, tp plan nk ke Brastagi..mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Seingat saya, dari Airport Kualanamu ke Brastagi mungkin dalam 2 jam 30 minit. Pada saya, untuk yang berkeluarga digalakkan pergi dengan ground arrangement. Kalau pergi sendiri, sebaik-baiknya buat perancangan awal dan study dulu tentang transport dan sebagainya. Takut tertipu dengan bermacam teksi dari airport dan masa yang sama kesian pula dengan si kecil nanti, takut tak selesa. Selamat bercuti! :)

      Delete
  13. This is a great post. This post give truly quality information. I am definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much for sharing and keep it up the good work.
    Krishna Bali Tours
    Find Here Low Budget Bali Tours & Activities | Great Deals on Car Rental | Compare and Book Now Best Things to do and see in Bali.
    Bali Cheapest Tours

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. ASSAQLAMUALAIKU
    FADLY MEDAN MEDAN TRANSPORT MENYEDIAKAN FAKEJ MUSLIM,MURAH,BERBALOI 4D3N,3D2N
    DRIVER TOUR GUIDE MUSLIM,BERPENGALAMAN,RAMAH,MAKANAN HALALALLAN THOIBAH.
    ""INSA ALLAH FADLY MEMBERIKAN YG TER BAIK DARI YG BAIK""
    SILA CALL TO WHATSAPP :+6281376455045
    email:julfadlysiagian@gmail.com
    NO AGENT NO PAYMENT
    TANPA ORANG TENGAH

    ReplyDelete

  16. Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 390 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila hubungi Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    Harga Sewa Kereta sudah termasuk : Driver and Patrol


    ReplyDelete

  17. Assalamualaikum
    Perkenalkan nama saya FADLY.
    Pastikan saat berjalan di Medan,Tasik Toba, brastagi.bernuansa muslim.sebb tanah Batak yg mayoritas beragama Kristen.
    Saya muslim,tra transport persendirian,sila pm to whatsapp langsung+6281376455045
    No DEPOSIT
    No agen

    4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE


    Fadlymedan transport
    Fadlywisata.blogsport.id.co
    Julfadly Siagian (FB)
    Email:julfadlysiagian@gmail.vom
    +6281376455045

    ReplyDelete
  18. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete