9 Negara Eropah
(16/7/2014 - 31/7/2014)
Ejen Pelancongan | : | Kelana Convoy (Ground Arrangement) |
Penerbangan | : | Menetap setahun di London, UK |
Bertolak | : | London; |
Jumlah Pakej | : | GBP699 |
Kadar Matawang | : | RM5.30 = GBP(£)1.00 = EUR(€)4.25 |
Kali ni saya akan bercerita tentang perjalan ke 9 buah negara di Eropah yang mengambil sekurang-kurangnya 4760km. Negara-negara ini termasuk UK, Belgium, Netherland, Jerman, Austria, Switzerland, Italy, Vatican City dan Perancis. Perjalanan kali ini mengambil masa selama 16 hari dan ini merupakan percutian paling lama yang pernah saya lakukan setakat ini. Memandangkan ia sangat lama, saya akan memecahkan blog ini kepada 4 bahagian untuk kesenangan anda, dan juga saya!
Bagi percutian kali ini, kami bersama-sama agensi Kelana Convoy, yang berpusat di London. Ahli agensi ini adalah Muslim, maka keseluruhan perjalanan kami termasuk solat dan makanan halal dijaga sepenuhnya oleh mereka. Memandangkan saya dan suami sedang menyambung pelajaran di London, inilah peluang untuk kami berjalan di negara-negara Eropah ini.
Trip ini digelar Conquest of Europe. Pakej yang diberikan sangat menarik. Pengangkutan sepenuhnya menaiki bas, penginapan di dalam khemah ataupun kabin, sarapan pagi, makan tengahari (sekiranya di dalam perjalanan), makan malam dan tiket lawatan tertentu yang pasti melibatkan semua peserta. Memandangkan perjalanan ini berbajet rendah, ramai yang mungkin risau apabila penginapan kami hanyalah di dalam khemah. Untuk kami, sangat menyeronokkan! Bagaimanapun, terdapat juga kabin yang disediakan di kawasan penginapan sekiranya anda mahu membayar lebih £10 ke £20 seorang pada setiap malam tersebut. Jom kita mulakan.
Hari Pertama: 16/08/2014
Destinasi Utama | : | Amsterdam, Netherland |
Suhu Persekitaran | : | 16oC |
Perbelanjaan Wajib | : | - |
Santapan yang disediakan
Sarapan Pagi: Pek roti
Makan Tengahari: Sandwich tuna
Makan Malam: Nasi putih bersama kari kambing, ikan, sayur campur
Tepat jam 8.00am, kami tiba di Park Lane, London untuk memulakan perjalan ke Amsterdam pada jam 8.30am. Kami diberikan satu pek roti sebagai sarapan pagi di dalam bas. Untuk mereka yang datang dari luar London, kami cadangkan anda bermalam di tengah kota London bagi memastikan anda mematuhi masa yang ditetapkan. Jaga-jaga, tour guide ni iaitu Abu, sangat strict dengan masa. Garang! Haha..
Pada jam 10am, kami tiba di Dover untuk menyeberangi Laut Utara ke Calais, Perancis selama 1 jam. Walau bagaimanapun, kami hanya memulakan perjalanan dari Dover ke Calais pada jam 1.00pm berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Di dalam feri ini, mungkin anda akan kurang merasa bosan kerana terdapat banyak kedai dan restoran di sini yang boleh dikunjungi. Terdapat juga tingkat atas yang membolehkan anda menikmati pemandangan laut yang sedang anda rentasi. Untuk yang belum sempat menukar duit, anda boleh lakukannya di sini. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan anda menukar duit di London kerana rate yang diberikan adalah lebih rendah.
|
Pemandangan di Dover |
|
Bukit batu kapur yang terdapat di Dover |
|
Antara feri lain yang terdapat di Dover |
|
Memulakan perjalanan |
|
Tuan punya feri, P&O Ferries |
Kami tiba di Calais pada jam 2.10pm. Dari sini, kami memulakan destinasi ke Netherland melalui Belgium.
|
Tiba di Calais, Perancis |
|
Memasuki Belgium |
|
Wind turbines untuk penjanaan elektrik |
Dalam perjalanan ke Amsterdam, kami berhenti seketika di P&J Chocolate Factory yang terdapat di Gistel, Belgium. Seperti yang anda maklum, Belgium juga sangat terkenal dengan pengeluaran coklatnya yang sedap. Jadi, ambil lah peluang untuk membeli coklat-coklat belgium yang murah di sini.
|
P&J Chocolate Factory. Abaikan tong sampah tu ye. ;) |
Perjalanan diteruskan ke kawasan perkhemahan di Het Amsterdamse Bos, Amsterdam. Kami tiba di sini pada jam 7.15pm. Setibanya kami di sini, kami diajar cara-cara untuk memasang khemah (kepada yang bermalam di dalam khemah). Kepada yang bermalam di kabin, anda boleh terus mengambil kunci dan terus berehat dan menunggu waktu makan malam pada jam 8.00pm.
|
Waktu solat yang diedarkan oleh tour guide |
|
Pejabat Pengurusan |
|
Aktiviti pemasangan khemah bermula |
|
Ruang solat yang disediakan |
|
Kawasan kafeteria |
Sedikit peringatan. Memandangkan kawasan-kawan yang dilawati adalah kawasan sejuk, anda perlu bersedia untuk membayar air panas untuk mandi. Harga bagi 5 minit untuk air panas adalah €1. 2 tempat lagi yang memerlukan anda membayar air panas adalah di Innsbruck, Austria dan Lauterbrunen, Switzerland. Oleh itu, sediakan wang secukupnya. Untuk kami, tiada pembayaran dilakukan. Cuba mengelat sedikit dengan mengisi air panas di sink ke dalam 3 biji botol mineral 1.5 litre. Sudah memadai untuk kami bersiram.
Hari Kedua: 17/08/2014
Destinasi Utama | : | Volendam dan Amsterdam |
Suhu Persekitaran | : | 14oC |
Perbelanjaan Wajib | : | - |
Santapan yang disediakan
Sarapan Pagi: Roti putih bersama kari kambing dan telur
Makan Tengahari: Tidak disediakan. Makan sendiri di Volendam
Makan Malam: Nasi putih bersama ayam goreng berempah dan sayur campur
Perjalanan ke Volendam dimulakan dengan berhenti di kincir angin konvensional untuk beergambar.
|
Kincir angin konvensional di Volendam |
|
Papan tanda arah |
|
Papan tanda di sekitar Edam-Volendam |
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Haven, Volendam. Kawasan ini terletak betul-betul bersebelahan laut Gouwzee yang ditambak. Kawasan ini asalnya dihuni oleh para nelayan. Walau bagaimanapun, ia menjadi tarikan pelancong dengan kawasan yang cantik dan kedai-kedai yang menarik.
|
Deretan kedai di Haven, Volendam |
|
Zuideinde, Volendam yang sebaris dengan Haven |
|
Pemandangan di Haven dari jeti |
|
Noordeinde, Volendam yang terletak berdepan dengan Haven |
|
Noordeinde |
|
Pintu masuk ke Haven melalui Noordeinde |
Anda boleh lihat gambar-gambar di atas, di mana kawasannya adalah sangat berangin dan tenang. Kucing-kucing yang terdapat di kawasan ini juga sangat sihat dan gemuk belaka. Jadi, boleh diandaikan kesegaran udaranya di sini. Untuk bershopping, saya nasihatkan anda untuk membuat survey terlebih dahulu. Terdapat beberapa kedai yang menjual ole-ole yang murah. Kedai yang saya pergi pada masa itu tidak bernama tetapi berhadapan Catherine Brasserie dan bersebelahan Foto's in Kostuum.
Selesai di Volendam, kami terus ke Cheese & Clog Factory. Seperti yang anda tahu, di sini sangat terkenal dengan Edam cheese. Jadi di kilang ini, anda boleh merasa pelbagai jenis cheese yang dihasilkan di Netherlands secara tradisional.
|
Pengenalan tentang cheese Edam |
|
Demo penghasilan kasut yang diperbuat daripada kayu (Clog) |
|
Mencuba pelbagai jenis cheese |
Di sini terdapat juga beberapa jenis biskut yang terkenal yang dihasilkan oleh rakyat Netherlands atau Dutch seperti Stroop Waffle dan Dutch Biscuits yang berpersia halia dan kayu manis.
Kemudian, kami terus ke Amsterdam dan berjalan seketika di sekitar taman utama yang terletaknya tulisan besar Iamsterdam sementara menunggu hujan reda.
|
Museumstraat |
|
Papan Tanda I Amsterdam |
|
Museumstraat |
|
Papan tanda ke Centrum A'dam-Noord |
Kami seterusnya menaiki 'Canal River Cruise'. Cruise ini dilengkapi dengan sistem audio bagi penerangan berkenaan kawasan-kawasan sejarah yang dilawati seperti Skinny Bridge, pusat pentadbiran dan kawasan gereja utama.
|
Pintu masuk untuk menaiki bot |
|
Basilica of St Nicholas, Amsterdam. Gereja Katolik utama di Amsterdam |
|
Nemo Science Center |
Kemudian, aktiviti bebas diberikan dan kesemua ahli rombongan berplu berjumpa semula di bas pada jam 7.30pm supaya kami tiba di kem pada 8.30pm untuk menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar.
Hari Ketiga: 18/08/2014
Destinasi Utama | : | Frankfurt, Jerman |
Suhu Persekitaran | : | 18oC |
Perbelanjaan Wajib | : | - |
Santapan yang disediakan
Sarapan Pagi: Roti bersama telur dan sosej
Makan Tengahari: Nasi goreng
Makan Malam: Vegetarian pasta
Kami mulakan hari dengan bersarapan di kantin yang berdekatan. Makanan telahpun disediakan oleh pihak Kelana Convoy ketika itu. Difahamkan, menu pagi kami adalah nasi goreng. Bagaimanapun, makanan yang telah disediakan separuh jalan malam tadi telah dicuri. Tak sangka ada juga masalah kecurian di sini.
Pukul 8.00am kami bertungkus lumus untuk membuka khemah untuk dimasukkan ke dalam bas bagi perjalanan seterusnya. Tepat jam 9.00am, kami mulakan perjalanan yang panjang ke Frankfurt. Lebih kurang 12.00pm, kami berhenti seketika di salah satu perhentian di Germany untuk solat dan makan tengahari. Kami tiba di Romer, Germany pada jam 4.00pm dan bertolak pulang pada jam 6.00pm.
|
The Romer |
|
The Vortex |
|
Alte Oper (Old Opera), Frankfurt |
Memandangkan ibu pejabat Europe Central Bank berada di sini, sudah pasti kami akan mangambil kesempatan ini untuk bergambar di Euro sign yang besar di hadapan ECB. Di sini kami bergambar beramai-ramai dan menghabiskan masa 20 minit untuk melihat persekitaran di situ.
|
Ibu Pejabat Europe Central Bank (ECB), Germany |
Selesai bergambar di sini, kami terus ke Youth Hostel, DJH Jugendherberge Frankfurt untuk berehat menanti hari esok. Hostel ini terletak berhadapan sungai Frankfurt Am Main yang sangat terkenal di Frankfurt. Jadi, sempat juga kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar sungai ini.
|
Persekitaran di Frankfurt am Main |
|
Persekitaran di Frankfurt am Main |
|
Kantin di Youth Hostel |
Pada 7.30pm, makanan mula dihidangkan oleh pihak hostel. Untuk kami yang memerlukan makanan halal, kami memilih untuk mengambil vegetarian pasta dan vegetarian soup. Alhamdulillah. Sedap dan sangat mengenyangkan. Selesai makan malam, kami boleh menjalankan aktiviti sendiri.
Hari Keempat: 19/08/2014
Destinasi Utama | : | Fussen, Germany dan Innsbruck, Austria |
Suhu Persekitaran | : | 16oC |
Perbelanjaan Wajib | : | EUR1.80 seorang |
Santapan yang disediakan
Sarapan Pagi: Roti bersama telur
Makan Tengahari: Sendiri
Makan Malam: Nasi putih dan tomyam
Pada jam 7.00am, kami memulakan perjalanan dari Youth Hostel Frankfurt ke Fussen untuk melawat Hohenschwangau Castle dan istana ala Disney yang dinamakan Neuschweinstein Castle. Perjalanan dari Youth Hostel ini mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba.
|
Pemandangan sepanjang perjalanan |
|
Menyegarkan |
|
Papan tanda menunjukkan arah ke Innsbruck |
|
Neuschwanstein Castle dari jauh |
|
Hohenschwangau Castle |
Bercakap tentang
Neuschweinstein Castle, sejarah bagi istana ini tidaklah menarik mana. Bagaimanapun, ia merupakan antara destinasi pelancongan terpenting di Germany. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan istana ini, sila ke sini.
Setibanya di pintu masuk, kami perlu memilih cara untuk ke Neuschweinstein Castle. Sama ada secara mendaki melalui jalan tar yang disediakan ataupun menaiki coach dengan harga EUR1.80 sehala. Jadi, untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak, kami memilih untuk menaiki coach.
|
Kereta kuda juga disediakan sekiranya anda berminat |
|
Shuttle coach untuk naik ke istana |
|
Kaunter tiket |
Setibanya di atas, terdapat 2 arah yang boleh anda lalui. Saya cadangkan, anda terus ke Marien Brucke Bridge terlebih dahulu untuk menikmati pemandangan Neuschweinstein Castle yang cantik dari jambatan ini. Selepas itu, terus ke Neuschweinstein Castle dengan berjalan kaki sejauh 15 minit untuk melihat halaman istana ini.
|
Papan tanda ke istana dan jambatan |
|
Neuschwanstein Castle dari Marien Brucke Bridge |
|
Pintu hadapan istana |
|
Kawasan halaman istana |
|
Marien Bruck Bridge dari Neuschwanstein Castle |
|
Pemandangan dari istana |
Cadangan ini adalah kerana, sekiranya anda berasa masih bertenaga, anda boleh meneruskan perjalanan ke bawah daripada
Neuschweinstein Castle tersebut. Sekiranya anda letih, boleh lah anda patah semula ke tmepat anda tiba tadi untuk menaiki coach turun ke bawah. Untuk kebanyakan dari kami, berjalan kaki ke bawah adalah lebih menarik memandangkan terdapat beberapa kedai yang boleh dilawati.
|
Tasik berdekatan pintu masuk |
Selesai di Fussen selama lebih kurang 3 jam, kami meneruskan perjalanan ke Haiming Camping Center di Austria. Di sini kami akan menetap selama 1 malam, bagi menikmati persekitaran di Austria pula.
|
Berhenti mencuci mata seketika |
|
Zugspitzblick, Austria |
|
Tiba di Haiming Camping Center, Austria |
|
Khemah yang telah siap dipasang |
|
Haiming Camping Center |
Jadi, cukup setakat ini, kita akan bersambung ke Bahagian 2 untuk 4 hari berikutnya nanti ya. Daa!!