Sunday, April 5, 2015

Jom Jakarta!

Jakarta, Indonesia
(5/5/2012 - 7/5/2012)

Ejen Pelancongan:Persendirian
Penerbangan:Air Asia
Jumlah Pakej:RM968.62 untuk 2 orang (Penerbangan dan hotel)
Hotel:Amaris Hotel Mangga Dua Square
Kadar Matawang:RM3.30 = Rp10,000 (Rupee / IDR - Indonesian Rupee)
Perbezaan Waktu:UTC+7:00 (-1 jam dari Kuala Lumpur)





Kami ke Jakarta hanya selama 3 hari. Sekadar untuk menghabiskan masa di sana. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan memandangkan cuaca ketika itu juga sering hujan dan sukar untuk kami bergerak. Berikut adalah program yang kami aturkan.

Hari Pertama : 5/5/2012

Destinasi Utama:Jakarta, Indonesia
Bertolak:Lapangan Terbang LCC, Kuala Lumpur - 9.50am
Tiba:Jakarta Soekarno Airport – 10.50am
Jumlah Perbelanjaan:Makan Malam - Rp60,000

Kami tiba di Lapangan Terbang pada jam 10.50 pagi. Seperti biasa, Air Asia tidak pernah membuat sebarang penangguhan penerbangan yang membuatkan kami lewat tiba di destinasi. Dari lapangan terbang, kami terus ke Amaris Hotel yang terletak di Mangga Dua Square.

Amaris Hotel di Mangga Dua Square

Untuk hari pertama ini, kami tidak ke mana-mana. Ini berikutan tujuan utama kami ke sini hanyalah untuk lari dari kesibukan di tengah bandar Kuala Lumpur. Mungkin juga kami tersilap memilih destinasi percutian kami kali ini. Kerana Jakarta juga merupakan sebuah bandar yang lebih sesak berbanding Kuala Lumpur. 

Mangga Dua Square ini bukanlah toko yang sering disebut-sebut. Tetapi ia hanyalah sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka pada tahun 2010. Perjalanan untuk ke Mangga Dua Mall, Jalan Mangga Dua bagaimanpun tidak jauh daripada hotel ini. Lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Hotel ini juga berdekatan dengan tiga lagi mall di sekitarnya yang terkenal dengan menjual barangan elektrik dan elektronik dan pasar. Bagi yang sangat suka membeli belah pakaian yang telah siap seperti blaus, seluar, jeans dan kasut, Pasar Mangga Dua sangat sesuai untuk anda.

Kesesakan lalulintas di Jakarta

Makan tengahari kami hanyalah berbekalkan makanan yang kami bawa dari Malaysia. Pada waktu malam, kami keluar mencari makanan halal untuk santapan perut yang lapar. Di hadapan Mangga Dua Square terdapat deretan restoran Cina. Hanya terdapat 2 restoran halal yang berjaya dijumpai. Walau bagaimanapun, hati tertarik melihat sebuah restoran Cina yang hanya menjual seafood dengan kepakaran menunya adalah ketam. Oleh itu, semestinya menjadi pilihan kami.

Maaf kerana gambar yang diambil telah hilang. Seingat saya, nama kedai itu adalah Raja Kepiting 333. Memang tak dinafikan, butter chilli crab yang kami pilih memang sangat sedap.

Raja Kepiting 333, berhadapan Amaris Mangga Dua [1] 



Hari Kedua: 6/5/2009

Destinasi Utama:Pasar Mangga Dua
Suhu Persekitaran:31oC
Jumlah Perbelanjaan:Makan tengahari dan makan malam - Rp147,000

Pada jam 10 pagi, kami telah siap untuk ke Pasar Mangga Dua. Kami hanya berjalan kaki daripada hotel hingga ke pasar yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana. Kalau anda rasakan 20 minit itu sangat lama, anda boleh menaiki speda motor yang banyak terdapat di situ. 

Pasar Pagi Mangga Dua Mall [2]

Banyak yang kami beli di sini. Yang paling menarik, kami menemui sebuah kedai yang menjual suit wanita yang sangat banyak dan cantik. Harga yang dijual juga adalah sangat berpatutan. Dalam Rp300,000 sepasang. Kepada yang pakai, memang rugi tak beli. ;)

Pada waktu malam, kami menghala ke Plaza Senayan untuk berjumpa dengan rakan sekerja suami yang dahulunya sama-sama menetap di Dubai. Seperti di mall lain, mall ini juga menyediakan pelbagai jenis jenama untuk warga Jakarta. Jadi, tidak ada apa yang istimewa boleh saya ceritakan ketika di sini. Seronok berbual dan makan di restoran mahal yang dibelanja oleh kawan kami.


Hari Kedua: 7/5/2012

Destinasi Utama:Taman Mini Indonesia, Tanah Abang, Monumen Nasional dan pulang ke Kuala Lumpur
Suhu Persekitaran:28oC
Jumlah Perbelanjaan:Rp390,000 (Taman Mini Indonesia Indah x 2 tiket)

Hari ini, kami menempah seorang supir yang mengambil Rp300,000 dengan upah sebanyak Rp40,000. Rancangan kami adalah untuk ke Taman Mini Indonesia Indah, Tanah Abang dan Monumen Nasional sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 8.30pm.

Di pagi hari, kami menghala ke Taman Mini Indonesia yang terletak di antara 45 minit perjalanan dari hotel kami. Hari sangat mendung dan separuh perjalanan kami menempuhi hujan yang sangat lebat. Walau bagaimanapun, perjalanan tetap diteruskan memandangkan Taman Mini Indonesia adalah destinasi wajib sekiranya tiba di Jakarta.

Di Taman Mini Indonesia, bayaran untuk masuk adalah sebanyak Rp25,000 seorang. Pada saya, harga ini adalah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan pengalaman yang akan diperolehi di sini. Di sini, pelbagai jenis rumah yang terdapat di seluruh Indonesia ditonjolkan. Dari Tanah Jawa sehingga ke Sumatera, semuanya disusun dengan baik berdasarkan lokasi bagi memudahkan pemahaman anda. Jadi, jangan lupa untuk mulakan pengembaraan dengan peta di tangan anda!











Antara model rumah-rumah yang terdapat di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta

Selesai melawat Taman Mini Indonesia dalam 4 jam, kami ke Tanah Abang untuk melihat kain-kain yang dikatakan murah di sini. Tidak pasti sekiranya kami tiba pada waktu yang salah. Semua kain-kain dan pakaian siap yang dikatakan murah, agak mahal pada kami jika dibandingkan dengan di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Bagaimanapun, kami rasakan pilihan yang terdapat di sini adalah lebih banyak. 

Pusat Grosir, Tanah Abang

Antara yang terdapat di Pusat Grosir, Tanah Abang [3]
Selesai di sini, kami ke Monumen Nasional atau Monas yang terletak lebih kurang 20 minit jalan kaki dari Amaris Hotel Mangga Dua. Di sini merupakan bermulanya keperkasaan Indonesia ketika Presiden Soekarno-Hatta berkumpul dengan rakyat Indonesia untuk mengusir penjajah. Oleh itu, tempat ini juga dikatakan sebangan Lapang Merdeka oleh rakyat Indonesia.

Monas, Jakarta
Akhirnya, jam telah menunjukkan pukul 5.30pm dan kami terpaksa terus ke Bandara untuk pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8.30pm. Inilah perjalanan 3 hari kami yang singkat tetapi sangat padat. Apa-apapun, untuk anda, jangan lupa untuk menyimpan duit tax Rp150,000 seorang untuk imigresen di Bandara nanti ye. Takut tak terlepas pula. Sehingga bertemu lagi! :)


Rujukan:

[1] http://id.openrice.com/jakarta/photo/raja-kepiting-333-mangga-dua/3494/6544
[2] www.dreamstime.com/stock-photography-mangga-dua-shopping-mall-image22228892
[3] http://www.merdeka.com/foto/uang/215535/jelang-ramadan-pasar-tanah-abang-diserbu-pembeli-007-isn.html

No comments:

Post a Comment